Jom Kite MenCari....

Blog ini ciptaan aku.. jadi aku harap korang enjoy yer dengan story2 yang aku khabar kan..... Jom! kite menyibuk kan diri...!

vCo

Photobucket

:: Jom Senyum-Senyum ::


ShoutMix chat widget

:: Budak GemPak di BloG iNi ::

Jatuh Hati? Like Lol..

Nuffnang

Kuasa Forex

:: RM.... ::

Love iT

Rabu, 27 Julai 2011

:: kHas buaT Wanita ::

Assalamualaikum...

hye u all sihat tak?? hope sihat2 lah ye..
ni aien nak bukak entri Pasal MEMASAK...

(Sumber Datok GUGEL)


Opkoz lew wanita kena tahu hal nie...
hari tu..ada seorang blogger bukak entri..
dia kata..setakat buat kuih...
Cheese Cake oreo... kuih2..
lom boleh kawen gak ye...
(Sumber Datok GUGEL)

H0 h0 h0..aien terasa beb..
sebab aien ada buat entry pasal kuih raya..
and selit kan gambar cheese cake versi Oreo tuh..

adeh2...tak tahu lah dia tujukan pada sesiapa..
tapi aien tak kisah lah..mungkin kebetulan...

So.. kat sini..ain cume nak sokong kata2 dia..
Yerp..wanita memang kena pandai memasak..
dan... 
Aien ada Cerita..meh Kita Kongsi kan Cerita ini...

Kebiasaan Ye...

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat
.


''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya.. saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.

Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.

Jika wanita sibuk disuruh belajar, apa salahnya lelaki pun sama?


"If tak pandai..habis laki korang semua..
hahahaha...Silap hari bulan.. Kedai Si janda gak 
mereka mencari..."Ada sesetengah org berkata begitu..

So..before nak berumah tangga..
asas untuk memasak harus lah ada...
tetapi agama DI UTAMAKAN....



Nota BloG ku Berkata : Tak tahu lah..dia tuju pada siapa..
But..i sokong u punya Entry..! 
Memasak..wanita mesti tahu asasnya..tak banyak..skit pon ok what!?
Dan agama...asas Memang WAJIB kena tahu...!

Sorry kalau Entry ni ada yang terasa........! Bukan nak tujukan sesape.
tapi Lelaki..pilih lah  wanitaYang berilmu dahulu...yang tentang memasak..boleh 
belajar kemudian....Sebab..jika wanita ada ilmu agama dahulu.. ianya..pembekal  ketika mati.
jika..ilmu masak..tak boleh menjadi bekalan kita kelak...

Wa'llahualam ....


0 Orang Dah Terjah beb!:

Klik Kanan